KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia masih menantikan jawapan rasmi Indonesia berhubung tawaran menghantar aset bagi membantu operasi memadam kebakaran, khususnya di Kalimantan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, komunikasi antara kedua-dua negara masih berlangsung bagi membincangkan bantuan yang dicadangkan itu.

Menurutnya, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang perkembangan daripada Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) atau Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengenai keputusan Indonesia terhadap tawaran berkenaan.

Beliau berkata, hubungan baik antara Perdana Menteri Malaysia dengan Presiden Indonesia diharap dapat membantu melancarkan perbincangan serta membuka ruang kepada tindakan susulan.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia 2026 di Ibu Pejabat Pos Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 29 kawasan di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 3 petang.

Kawasan terjejas melibatkan Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading