KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dijadual menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Sepang esok berhubung insiden membabitkan dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Menerusi laporan Berita Harian, sumber memaklumkan beliau akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap kedua-dua anggota berkenaan dalam kejadian pada 28 September lalu.

Perkembangan itu menyusul selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 17 Oktober lalu mendedahkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk beberapa penambahbaikan.

Menurut beliau, pihak pendakwaan memerlukan maklumat dan hasil siasatan yang lengkap sebelum menentukan tindakan selanjutnya terhadap kes berkenaan.

Kertas siasatan yang disediakan polis merangkumi keterangan saksi serta maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses penyiasatan.

Saifuddin Nasution berkata, polis telah diarahkan melengkapkan perkara yang diperlukan seperti ditetapkan AGC sebelum kertas siasatan dikemukakan semula untuk pertimbangan lanjut.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading