SEPANG – Tiga individu dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena panahan petir dalam kejadian di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Sibar Harian, namun memaklumkan pihaknya belum dapat memberikan maklumat terperinci setakat ini.
Menurut beliau, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung insiden berkenaan kemudian.
Kejadian itu mula mendapat perhatian selepas beberapa rakaman video tersebar di media sosial, memaparkan tiga jasad ditutupi kain batik di bawah sebatang pokok.
Bagaimanapun, butiran lanjut termasuk identiti mangsa, keadaan sebenar kejadian serta punca kematian masih belum diperincikan oleh pihak polis.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.


Leave a Reply