KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sumbangan atau jasa seseorang kepada negara tidak boleh dijadikan alasan untuk memaafkan perbuatan rasuah dan penyelewengan harta rakyat.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata sikap bertolak ansur terhadap perbuatan salah atas alasan mengenang jasa hanya akan merosakkan masyarakat dan negara.
Anwar turut mengulangi pendiriannya mengenai budaya permissiveness atau sikap terlalu berkompromi terhadap kesalahan, termasuk apabila melibatkan individu yang mempunyai kedudukan dan pengaruh.
Menurutnya, masyarakat yang menolak rasuah perlu lebih lantang menyuarakan pendirian serta menghantar mesej jelas bahawa mereka yang terbabit dalam jenayah rasuah wajar dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau turut menegaskan bahawa toleransi terhadap kejahatan (tolerance for evil) tidak seharusnya dibiarkan berakar dalam masyarakat, sebaliknya setiap perbuatan menyalahgunakan wang dan harta negara perlu dipertanggungjawabkan.


Leave a Reply