JOHOR BAHRU – Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman berdepan insiden kenderaannya dilanggar oleh seorang individu di sekitar Banjaran Kempas, Johor Bahru, yang kemudian didakwa cuba mengelak daripada bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian akaun @aishahzulkeefli_, individu terbabit pada awalnya dikatakan memperkenalkan dirinya sebagai warga India serta mendakwa memiliki kad pengenalan dan lesen memandu.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa kemudian mengetahui individu berkenaan merupakan pemegang kad UNHCR berstatus pelarian Rohingya.

Menurut perkongsian tersebut, individu terbabit turut memberi alasan tidak mempunyai wang apabila diminta membayar kos kerosakan. Pengadu juga mendakwa dimaklumkan di balai polis bahawa tindakan lanjut sukar diambil kerana individu berkenaan tidak mempunyai lesen memandu.

Difahamkan, kenderaan yang digunakan mempunyai perlindungan insurans tetapi didaftarkan atas nama individu lain. Keadaan itu menimbulkan persoalan kepada pengadu mengenai saluran yang boleh digunakan untuk mendapatkan ganti rugi atas kerosakan kenderaannya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.