PUTRAJAYA – Sikap segelintir pengunjung yang meninggalkan sampah selepas menikmati aktiviti riadah di kawasan awam Putrajaya mengundang kritikan pengguna media sosial.

Perkara itu menjadi perhatian selepas gambar menunjukkan bekas makanan, plastik dan sisa minuman bertaburan di sebuah kawasan berhampiran lokasi Food Valet tular menerusi Threads.

Menerusi hantaran pengguna dikenali sebagai kmukhreez, tindakan pengunjung meninggalkan sampah meskipun tong sampah disediakan disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan mencemarkan persekitaran.

Pengguna berkenaan turut meminta Perbadanan Putrajaya mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan beberapa pengguna mendakwa kawasan berkenaan sering menjadi lokasi sekumpulan individu berkumpul dan melepak sehingga lewat malam.

Malah, terdapat juga desakan supaya pihak berkuasa menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan sewajarnya.

Orang ramai turut mengingatkan pengunjung supaya menjaga kebersihan kawasan awam dan tidak mengharapkan pihak lain membersihkan sampah yang ditinggalkan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.