KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyusuri beberapa kawasan tumpuan pelancong di ibu negara menerusi kunjungan santai berjalan kaki selepas menghadiri acara di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau bersama Macron memulakan perjalanan di kawasan River of Life sebelum meneruskan kunjungan melalui Pasar Seni hingga ke sekitar Petaling Street.

Sepanjang perjalanan itu, kedua-dua pemimpin berkesempatan beramah mesra dengan orang ramai selain melihat sendiri kepelbagaian seni dan budaya yang menjadi tarikan di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Anwar menyifatkan kunjungan berkenaan sebagai penutup lawatan rasmi Macron ke Malaysia, sebelum beliau berlepas ke Filipina bagi menghadiri beberapa acara terakhir persidangan ASEAN.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas pertemuan tersebut dan berharap hubungan persahabatan Malaysia-Perancis terus diperkukuh, khususnya menerusi pertukaran budaya serta kerjasama dalam pemeliharaan warisan kedua-dua negara.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.