ALOR SETAR – Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini ‘membelasah’ kepimpinan PAS dan negeri di bawah pentadbiran parti itu iaitu Kelantan.

Ketika berucap dalam sebuah majlis sembang petang di Taman Vistana, Jalan Langgar di sini, Menteri Besar itu mengkritik Kelantan dengan mengatakan negeri itu dalam keadaan kelam kabut.

“Pandai ke urus ekonomi parti ini? nak marah Selangor apehal sangat? Saya nak bagitahu orang Kedah berapa ramai orang Kelantan berhijrah ke Selangor sekarang.

“Ada parti (sorak) hidup Islam..negeri pun kelam kabut. Bukan saya sombong tapi jangan lah…”

Dalam ucapannya itu juga, Timbalan Presiden PKR tersebut menasihati PAS agar tidak perlu bertanding di Kedah kerana ia merupakan pertembungan antara dua parti sahaja, iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.