SELAYANG – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof berjanji untuk membantu pembeli-pembeli pangsapuri Astana Square di Taman Daya Selayang yang masih belum siap sehingga kini.

Projek yang bermula pada 2001 itu pada asalnya dimajukan oleh syarikat Sedaya Sdn. Bhd yang gagal menyiapkan projek dan kemudian dibekukan akibat syarikat itu telah diisytiharkan muflis.

Pada 2011 lepas, penyandang kerusi Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berjanji untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi para pembeli, namun tiada apa-apa perkembangan sehingga kini.

Abdul Razak mempersoalkan tindakan William yang berjanji kepada pembeli namun tidak berusaha untuk membantu mereka walaupun sudah beberapa tahun berlalu.

“Pakatan Harapan ni kadang-kadang cakap tak betul,dia tuduh BN, kerajaan dengan isu yang fake news”

“Kami mula siasat, dia ada keluarkan satu surat kepada jawatankuasa pembeli, bila kita check tiada siapa yang tahu siapa orang yang dalam jawatankuasa tu”, katanya.

Pada November 2011 lalu, pemaju yang dilantik untuk menggantikan pemaju terdahulu, GTC Corporate Sdn. Bhd mencadangkan kepada pembeli agar mereka menambah nilai tambahan itu untuk menampung kos bagi menyiapkan projek itu.

Namun sehingga kini masih tidak selesai.