PETALING JAYA – Selebriti popular yang penuh dengan kontroversi, Azwan Ali memberitahu dia tidak akan memaafkan mana-mana individu yang menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka di laman sosial.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan dirinya dan juga abangnya, Azmin Ali sebagai bahan jenaka.

Lebih dikenali sebagai Diva AA, Azwan Ali memberitahu dia tahu ‘troll’ itu hanya lawak jenaka tapi dia tetap tidak akan maafkan orang yang menyamar sebagai dirinya.
“Walaupun saya sudah tak ada akaun Twitter, saya tahu mengenai jenaka berkenaan.

“Saya tahu ia sekadar jenaka dan tidak menggunakan sebarang ayat kurang ajar, tapi saya tetap tak akan maafkan mereka.

“Go ahead, buatlah. Teruskan menipu dan menyamar sebagai saya. Kau tunggu azab kubur nanti,” kata Azwan ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Beberapa hari lalu, viral foto Azmin sedang bercakap di telefon dan disertakan dengan kapsyen lawak yang menjadi bahan hiburan dan gurauan di Twitter.

Netizen saling berbalas “tweet” tersebut dengan menggunakan gambar Diva AA dan seolah-olah beliau sedang berbual dengan Azmin.

diva1diva2diva3