KUALA LUMPUR – UMNO memerlukan sebuah pembaharuan dan pemulihan besar-besaran dari semua aspek, kata calon untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan.

UMNO perlu melakukan perubahan yang secara menyeluruh yang bukan hanya boleh dirasai ahli Umno tetapi rakyat secara keseluruhannya demi perubahan secara revolusi untuk keseluruhan.

“Saya membuat keputusan bertanding kerana timbul kesedaran dan atas rasa tanggungjawab.

“UMNO tidak boleh terus membiarkan kekalahan 9 Mei lepas terus menjadi penghalang untuk bangkit dan kembali menerajui semula negara ini dalam PRU15 yang akan datang.

“Ini adalah masanya untuk memperbaiki kelemahan diri dan melihat semula dimana salah dan silapnya.

Beliau berkata demikian dalam satu temubualbersama KLBroadcast di ibu negara.

Wan Agyl juga menggariskan beberapa visi dan misi nya sebagai calon jawatan yang ditandingnya.

Ikuti temubual bersama calon Ketua Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan.