KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, yang juga ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin sebentar tadi mengesahkan pencalonannya untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Khairy turut memuat naik borang penamaan calon yang mengesahkan beliau akan bertanding jawatan nombor satu parti itu.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bismillahirrahmanirrahim,” katanya ringkas.

Khairy bakal menentang Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk jawatan tertinggi itu. -KLBroadcast