KUALA LUMPUR – Seorang aktivis yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Fariz Hadi bakal bertanding jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan parti itu 30 Jun ini.
Fariz menegaskan keputusannya itu dibuat kerana mahu melaksanakan perubahan dalam UMNO yang ketika ini amat memerlukan kepimpinan serta idea baharu bagi mengembalikan semula keyakinan dalam kalangan rakyat khususnya orang Melayu selepas Barisan Nasional (BN) ditolak daripada terus menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mei lalu.
Berikut merupakan biodata beliau:
Tahap Pendidikan
1. Diploma Pengurusan Perniagaan
2. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri (Kepujian) UNiSEL
Kerjaya
1. Pegawai Agensi (KKMM) Parlimen Shah Alam ,
2.Penolong Pengarah Agensi (KKMM) Selangor
2013-2018
Jawatan Politik
1. Ketua Pemuda Cawangan UMNO Seksyen 7 Kristal
2013-2018
2. AJK Pemuda UMNO Shah Alam
2013-2018
3. Timbalan Pengerusi Biro Media Sosial Pemuda UMNO Selangor
4. AJK Biro Penerangan Pemuda UMNO Selangor
5. Unit Media Baru Selangor 2010-2013
6. Tim. Pengerusi Biro IT UMNO Shah Alam
7. NGO – AJK Nadi Rakyat Selangor
Pencapaian
1. Pelajar Terbaik Kursus Komunikasi Strategik-Siri 8
2. Anugerah Khas YAB Timbalan Perdana Menteri 2016
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (KKMM) 2017
Pengalaman Politik
1. Pegawai Media Sosial Parlimen Shah Alam PRU13
2. Ketua Operasi (Twitter) Warrom PRU13 Selangor
3. Ketua Operasi Media Sosial PRN Sarawak 2016
(Miri-Bintulu-Lawas-Limbang)
4. Admin FB Page Calon PRK Sg Besar-YB Budiman
5. Pegawai Media Sosial PRU14 – N41 Batu Tiga
6. Penceramah Khas Sekolah JASA
7. Penceramah Khas Institut ABATA
8. Penceramah Khas Kembara TAWAN (Parlimen Tumpu)
9. Terlibat secara langsung Pilihanraya Kecil (2014-2017)
Keberanian & Kontroversi
1.Hadir ke program seorang diri & bertanyakan soalan kepada Aziz Bari Pakar Perlembagaan sehingga menjadi viral di media sosial (lebih 1juta tontonan)
2.Hadir ke Nothing 2 Hide 2.0 dan bertanyakan soal kepada Tun M sehingga menjadi viral di media sosial
3.Mengecam Syed Saddiq berkaitan kenyataan Nasi Lemak Gay yang menjadi viral di media sosial dan membuka mata orang awam sokongan pemimpin PH terhadap LGBT
4.Liputan Isu air Selangor menjadi kontroversi mendapat tontonan video di media sosial hampir satu juta penonton.
5. Penulisan tentang Himpunan LGBT menjadi kontroversi dan menjadi viral di media sosial dan membuka mata rakyat pemimpin PH pro LGBT.
Fariz juga pernah mencuri tumpuan masyarakat melalui media sosial apabila tampil bertanyakan soalan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam semasa Forum Nothing To Hide 2.0 di Seksyen 7, pada Ogos tahun lalu.