KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing ditahan di perkarangan Hospital Kajang kira-kira jam 11.30 malam pada Ahad bagi membantu siasan kes bayi dicampak dari tingkat atas bangunan sebuah restoran di Pusat Hentian Kajang, di Jalan Reko.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdullah, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, bayi lelaki terbabit didakwa dicampak dari tingkat atas bangunan tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang kanak-kanak atau bayi yang masih hidup.
Pada Ahad lalu sebuah restoran yang sibuk dipenuhi pelanggan gempar apabila seorang bayi jatuh ‘dari langit’ di bahagian belakang restoran tersebut.
Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan tidak berpakaian itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.