Sebagaimana yang semua tahu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu hari ini.

Beliau bakal bersaing dengan tiga lagi calon setakat ini iaitu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tajuddin yang dikenali sebagai pemimpin veteran yang tegas dan bengis ini sebenarnya tidak lah sebegitu jika kita  tidak mengenalinya dengan dekat.

Malah beliau juga sebenarnya cukup disenangi oleh ahli UMNO dan masyarakat di bahagian yang diwakilinya.

Seorang blogger, Yuseri Yusoff,  berkongsi pandangan peribadinya terhadap veteran UMNO ini:

Calon No. 06, Dato Sri Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak.

Bagi mereka yang mengenali beliau, pasti tahu beliau menjadikan semangat juang Datuk Maharajalela dan Dato Sagor sebagai inspirasi diri.

Sudah 42 tahun menjadi pejuang dan anggota UMNO dan telah berdepan semua jenis sepak terajang dalam politik antaranya menjadi tahanan ISA tahun 1987.

Walaupun ada sedikit tuduhan atau tohmahan kerana perwatakan beliau yang garang dan tegas.

Dato Tajuddin Abd Rahman berjaya mempertahankan kerusi parlimen P073 Pasir Salak selama tiga penggal berturut-turut.


 

Sedikit info P073 Pasir Salak :

PRU12

BN : 16,982
PKR : 14,240
BN MENANG MAJORITI : 2,688

PRU13

BN : 24,875
PKR : 17,849
BN MENANG MAJORITI : 7,386

PRU14

BN : 20,003
PH : 12,291
PAS : 11, 151
BN MENANG MAJORITI : 7,712

Jika ada yang rasa nak baca artikel bertarikh 6 Januari 2014 mengenai Datuk Tajuddin Abd Rahman, klik link di bawah :
http://yuseriyusoff.blogspot.com/2014/01/sejam-bersama-pasir-salak-gangster.html?m=1