KUALA LUMPUR – Persoalan siapa akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu di Parlimen akan ditentukan dalam mesyuarat dalaman parti selain rundingan dengan Pas tidak lama lagi, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam sidang media selepas mesyuarat ahli majlis tertinggi parti itu pada Rabu, Zahid diminta mengulas siapa yang bakal menjadi Ketua Pembangkang pada sesi parlimen bermula16 Julai ini.
Jelas beliau, satu mesyuarat akan diadakan bersama PAS.
Tambah beliau, UMNO akan memainkan peranan termasuk melaksanakan struktur dalaman organisasi sebagai parti pembangkang.
Mengulas tindakan tiga ADUN BN Kedah yang menyokong pelantikan Speaker Negeri.
Datuk Seri Ahmad Zahid berkata keputusan itu telah direstui badan perhubungan UMNO Negeri.