KUALA LUMPUR – Kisah sedih adik Adam Rayqal yang meninggal dunia akibat didera pengasuh sendiri membuatkan satu Malaysia turut bersedih dan berduka.

Bayi comel berusia 5 bulan itu telah ditemui mati dalam satu bungkusan di dalam peti sejuk di Batu Caves, Selangor dan disyaki diletakkan oleh pengasuhnya sendiri.

Detik terakhir jenazah adik Adam dikebumikan turut membuatkan ramai yang tidak menahan sebak.

Jenazah selamat  disembahyangkan di Masjid Al-Mukhtafi Billah Shah, Kuala Terengganu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam.

Lebih 1,000 orang hadir termasuk ahli keluarga, penduduk setempat yang terkejut dengan kejadian itu. Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan berkenaan sepanjang proses pengebumian anak syurga itu.

Terdahulu, jenazah Adam Rayqal tiba di rumah datuknya di Taman Chendering Utama, Chendering, di sini, jam 9.25 malam. Turut hadir di rumah keluarga datuk mangsa adalah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Malah, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota turut hadir di tanah perkuburan memasang lampu agar proses pengebumian berjalan lancar selain polis yang mengawal lalu lintas.

Jenazah Adam Rayqal selesai dibedah siasat pada jam 2 petang sebelum dimandi dan disembahyangkan di surau IPFN HKL pada jam 2.15 petang dan dibawa keluar pada jam 3.06 petang.

Bapa bayi malang itu juga turut memohon jangan berkongsi gambar yang tidak sepatutnya.

“Saya tahu Adam Rayqal akan tunggu kami di syurga,” kata Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, bapa kepada bayi lima bulan yang mayatnya ditemui disorokkan dalam bahagian pembeku peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya semalam.

Mohd Sufi yang ditemui dalam keadaan sebak, menzahirkan rasa terima kasih atas sikap cakna rakyat Malaysia yang turut membantu mencari anaknya sebaik dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya.

“Saya selaku ayah Adam Rayqal mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sudi membantu pencarian anak kami.

“Walaupun kita tahu kita mengharap yang terbaik untuk jumpa Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayangkan dia.

adam-rayqal (1)imageDhP7ln4VQAA96Do