KUALA LUMPUR – Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma), hari ini meraikan beberapa pelajar cemerlang dalam kalangan masyarakat India Muslim bertempat di Dewan serbaguna DBKL Jalan Masjid India.

Seramai 59 pelajar bersama ibu bapa yang telah menerima anugerah pelajar cemerlang bagi tahun 2018, dan mereka terdiri daripada pelajar India Muslim yang telah memperoleh keputusan A di dalam semua mata pelajaran pemeriksaan UPSR, PT3 , SPM, STPM & STAM.

Pelajar UPSR & PT3 menerima wang tunai RM500 beserta sijil penghargaan, buku agama dan sebuah trofi.

Manakala pelajar SPM, STPM & STAM menerima sebuah laptop lengkap dengan perisian Microsoft beserta sebuah trofi & sijil penghargaan.

Penerima sijil untuk kursus jahitan pula adalah seramai 215 orang.

Majlis penyampaian itu disempurnakan oleh Presidennya, Datuk Seri Syed Ibrahim.

Ini merupakan kali ke -8 anugerah tersebut dianjurkan oleh KIMMA dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Islam Nasional (Yakin).

kimma2
Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader bergambar bersama pelajar dan ibu bapa selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2018
kimma3
Ini merupakan kali ke-8 anugerah tersebut dianjurkan oleh KIMMA dan YAKIN