KUALA LUMPUR – Penyanyi Haqiem Rusli, 20, yang mula menjalani rawatan psikiatri di sebuah pusat psikologi swasta disahkan sedang menghidapi penyakit kemurungan atau dalam istilah perubatannya moderate depression.
Mengalami masalah tekanan perasaan gara-gara kecaman yang dilemparkan kepada dirinya, penyanyi itu sebelum ini mengumumkan keputusannya untuk berhenti dari bidang nyanyian.
Terbaru, pelakon Ummi Nazeera telah mendedahkan kisah hidupnya yang pernah mengalami kemurungan dan masalah mental ketika zaman belajarnya di luar negara.
Pendedahan tersebut dibuat di entri terbaru akaun Instagram miliknya.
“Penyakit mental dan kemurungan adalah perkara serius, kita harus meminta pertolongan.
“Sejujurnya, saya pernah mengalami masalah tersebut ketika tahun pertama di universiti,” tulis Ummi.
