SEMENYIH – Sempena ulang tahun pertama Segi Fresh Semenyih, pasar raya itu mengadakan promosi jualan murah kepada para pelanggan.
Pengurus Besar Kanan Segi Fresh, Fong Leong berkata pasar raya besar tempatan yang terkenal dengan tawaran harga rendah itu mengadakan promosi setiap hari namun pada hari ini dan esok ada lebih banyak yang ditawarkan kepada pelanggan.
Menurut Fong, Segi Fresh mengambil peluang ini untuk menawarkan promosi hebat, tawaran dan aktiviti menarik bagi membolehkan pelanggan menikmati penjimatan ditawarkan.
“Kita ada promosi setiap hari, namun pada hari ini sebab ulang tahun jadi ada lebih banyak barang-barang yang dipromosikan.
“Selepas GST sifar, kami dapati keadaan pasaran bukan sahaja di Semenyih malahan di cawangan lain semakin bertambah jumlah kunjungan dan pembelian.
Ditanya mengenai pelaksanaan semula SST, Fong berkata pasar raya Segi Fresh yang telah berada lebih dari 20 tahun dalam perniagaan runcit dan borong sudah bersedia.



