PETALING JAYA – Bekas pengacara TV3, Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia pada awal pagi Jumaat.
Beliau yang berumur 61 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pukul 6 pagi selepas menunaikan solat Subuh.
Berita kematian itu disahkan oleh adiknya, Ida Lokman.
Allahyarham dikatakan mempunyai urusan kerja di Kota Kinabalu. Pihak keluarga masih belum dapat mengesahkan punca kematian beliau.
Pada tahun lalu Mahadzir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.
Ketika ini keluarga personaliti itu sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. -Mstar