PETALING JAYA – Maklumat berhubung kemasukan cincin berlian bernilai RM24 juta pada 2011 didakwa didedahkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia sendiri yang tidak berpuas hati, untuk menjejaskan reputasi perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.
Dakwaan itu dibuat bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dalam ucapan yang disampaikan pada tahun itu tetapi kini dimuat naik di laman Youtube.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh Pergerakan Malaysiaku Tanahairku di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya petang tadi.
Ketua Pergerakan itu, Raggie Jessy mendakwa ia merupakan satu konspirasi untuk menfitnah dan menjatuhkan reputasi Datuk SeriNajib Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Nampak sangatlah ada satu konspirasi dari kastam dan pihak-pihak tertentu di dalam parti yang sekarang ini sebahagian dai kerajaan untuk mengaibkan keluarga Datuk Seri Najib Razak”.
Menurutnya lagi perkara itu dieksploitasi bagi masyarakat percaya bahawa Najib dan keluarga konon telah berbelanja terlalu mewah dengan guna wang rakyat walhal cincin tersebut hanya dipinjamkan buat sementara waktu sebelum dipulangkan balik.