KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi) menafikan ada terlibat dalam “Himpunan Anti SST” yang berlangsung di hadapan Sogo siang tadi.
Presidennya, Datuk Norasyikin Abdul Ghani, memberi penjelasan bahawa Gerakan Srikandi Malaysia (GSIM) di bawah pertubuhan Alifbata Srikandi Mashyur sama sekali tiada kena mengena dengan pertubuhan mereka.
“Srikandi Malaysia tidak terlibat tidak terlibat sama sekali di dalam “Himpunan Anti SST” yang diadakan pada siang tadi oleh kumpulan NGO terutama sekali penaja Gerakan Srikandi Malaysia iaitu saudari Wan Asshima.
Oleh itu kami menafikan sekeras-kerasnya penglibatan kami dalam himpunan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.