KUALA LUMPUR – Buat julung kali penduduk di kawasan Ampang dan Pandan dapat menyaksikan pertandingan Muay Thai profesional di kawasan mereka pada malam Sabtu.
Dikenali sebagai Rentap Night, pertandingan itu dijalankan secara percuma di Kompleks Muhibbah Ampang Jaya bermula pukul 9 malam.

Kejohanan Rentap Night diharap akan melonjak nama sukan Muay Thai yang masih baru di negara ini dalam menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup cergas dan sihat.
Pertandingan ini dirasmikan oleh ADUN Pandan Indah merangkap Exco Negeri Selangor, YB Izham Hashim.

Menurut Izham, kejohanan itu sekali gus menjadi platform untuk menarik anak muda mengenali sukan tersebut.
“Kalau kita ada ramai peserta, dan ramai pertandingan serta kejuaraan yang berjaya dicapai, dia akan naiktaraf dengan sendiri nya.
“Jadi maknanya sukan ini mesti dipopularkan, kalau dapat dipopularkan nanti akan naik ranking nya, katanya kepada media selepas tamat kejohanan Rentap Night.
Ujarnya lagi Muay Thai diharap bakal meletakkan Selangor sebagai negeri yang popular untuk sukan mempertahankan diri itu yang mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia.