KUALA LUMPUR  – Selepas dinobat sebagai ‘raja troll’ , bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini menghasilkan sebuah lagu yang bertajuk Harapan.

Video  berdurasi sepanjang 4 minit 37 saat itu dimuat naik di akaun Youtube Najib Razak Fans pada Rabu.

Lirik lagu itu menceritakan perasaan Najib yang tewas pada pilihan raya umum 2018 yang lalu.

Namun tidak dapat dipastikan siapa pencipta lagu dan penulis lirik sebenar.