Kuala Lumpur – Sempena meraikan bulan Ramadan Al – Mubarak, syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd sekali lagi memainkan peranan dan komitmen mereka kepada masyarakat dengan menganjurkan program tanggungjawab sosial (CSR) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Lawatan dibuat di wad 23,34 dan 27 di hospital berkenaan dan pesakit menerima sumbangan duit raya serta hamper tanpa mengira agama dan kaum.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Datuk Abdul Malik Dasthigeer.


Menurutnya, program sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim dan kerjasama di kalangan kakitangan dan pesakit, sekaligus memupuk budaya memberi kepada mereka yang memerlukan
“HKL adalah salah satu ikon dalam industri perkhidmatan kesihatan dan memberi layanan begitu baik kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama ataupun status nilai penghormatan yang dikagumi oleh diri saya.
“Saya berharap agar nilai kesaksamaan yang dipraktik oleh pihak HKL akan diteruskan.
“Saya berasa bersyukur dan bangga kerana mendapat peluang ini untuk mengambil bahagian dengan HKL dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya pada Majlis Sumbangan Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bersama pihak HKL hari ini.
Sebelum ini, syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd telah mengadakan pelbagai program dan aktiviti amal yang melibatkan anak-anak yatim, warga emas dan ibu tunggal hampir setiap tahun.
Aktiviti amal ini biasanya diadakan pada bulan perayaan dengan tujuannya untuk mengurangkan beban golongan yang tidak berkemampuan.
“Saya berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan dan meraikan kanak – kanak di sini dan sekaligus dapat mereka merasai suasana Aidilfitri yang bakal tiba.”
“Saya doakan ikatan persaudaraan Malik Streams Corporation Sdn Bhd dan HKL sentiasa kekal berterusan,” katanya lagi.

Turut hadir pada majlis berbuka selepas pemberian sumbangan kepada pesakit adalah Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Dr Heric Corray. -KLBroadcast