KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan lebih 200 notis terhadap pengguna jalan raya sempena Operasi Penguatkuasaan Hari Raya Aidilfitri (OPS HRA) sepanjang tiga hari ia dilaksanakan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata notis berkenaan dikeluarkan hasil aduan yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp.

“Antara kesalahan yang paling banyak dilakukan seperti pemandu bas menggunakan lorong kanan secara berterusan, memandu di lorong kecemasan dan memandu melebihi had laju.

JPJ juga mewujudkan sekretariat aduan yang beroperasi selama 16 jam bermula 8 pagi hingga 12 malam sepanjang ops kecuali pada Hari Raya Aidilfitri.

“Walau bagaimanapun harus diingatkan aduan yang dihantar perlu lengkap dengan menyertakan tarikh, masa, lokasi, gambar dan nombor pendaftaran,” pada sidang media OPS HRA 2019, di Terminal Bersepadu Selatan, pada Ahad.

0E3C58DA-10E5-4F59-972E-3CCE050CFED8
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid ketika Lawatan Operasi Penguatkuasaan Jalan Raya Aidifitri (OPS HRA) 2019 di Terminal Bersepadu Selatan pada Ahad.
FCCE07D8-B003-4350-A78F-BEA3CFF2B4A6
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid ketika Lawatan Operasi Penguatkuasaan Jalan Raya Aidifitri (OPS HRA) 2019 di Terminal Bersepadu Selatan pada Ahad
9D5C5A80-FBEB-49DF-AF94-972AE8344326
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid ketika Lawatan Operasi Penguatkuasaan Jalan Raya Aidifitri (OPS HRA) 2019 di Terminal Bersepadu Selatan pada Ahad.

Turut hadir Timbalan Penguat kuasa JPJ, Abdul Razak Alias dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Operasi, Adenan Mat Isa.

Sementara itu, sepanjang OPS HRA ini yang bermula sejak 29 Mei lalu sehingga semalam, JPJ sudah memeriksa 34,595 buah kenderaan mengeluarkan sebanyak 21,948 notis saman.

Shaharuddin berkata ini menunjukkan kadar pematuhan terhadap undang-undang jalan raya semakin meningkat.

Bagi sebarang aduan trafik orang ramai boleh salurkan aduan kepada talian JPJ menerusi WhatsApp 013-4498997 atau e-melkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my .