Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menggesa UMNO dan PAS supaya mencapai satu persefahaman berhubung calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.
Beliau yang juga ahli Parlimen Pasir Salak mencadangkan supaya kedua-dua parti itu supaya bertanding di bawah tiket perpaduan ummah, berbanding di atas nama
parti masing-masing.
Bercakap kepada Buletin Pertiwi selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Hulu Langat semalam, Tajuddin yakin para pengundi akan menyokong calon-calon perpaduan ummah dalam pilihan raya akan datang.