KUALA LUMPUR – Siapa yang tidak mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci biarpun hanya sekali. Terdapat golongan yang memendam hasrat tersebut sekian lama dan perlu menabung bertahun-tahun sehingga lanjut usia untuk mencapai impian tersebut.

Justeru itu Program Amal Umrah Wawasan 2020 membuka peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan serta OKU untuk mencapai impian menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan umrah.

 

 

“Hasrat kita adalah untuk beri peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan menjejakkan kaki ke tanah suci.

“Jadi sedikit sebanyak peranan kita adalah untuk merealisasikan impian jemaah-jemaah ini yang mungkin sudah terlalu lama memendamkan hasrat berkenaan, ” kata penasihat program itu, Datuk Azuan Norhari Abdul Latib ketika ditemui di sidang media pada Isnin.

mou1
Majlis menandatangani perjanjian & memorandum kerjasama bagi Program Umrah Amal Wawasan 2020
mou2
Majlis menandatangani perjanjian & memorandum kerjasama bagi Program Umrah Amal Wawasan 2020
mou3
Majlis menandatangani perjanjian & memorandum kerjasama bagi Program Umrah Amal Wawasan 2020