Pelbagai cara ditunjukkan rakyat Malaysia dalam menzahirkan semangat patriotik dan cinta kepada negara sempena sambutan Hari kebangsaan setiap tahun.

Ada yang menyambutnya di puncak gunung dan ada yang menyertai konvoi kibar Jalur Gemilang seluruh negara.

Namun, bagi sekumpulan penyelam yang terdiri dari pelbagai profession seperti doktor, guru, pegawai polis, pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri, veteran tentera, pegawai KEMAS, dan usahawan Kelantan. mereka mempunyai aktiviti tersendiri dalam menzahirkan semangat itu.

dive6
Sekumpulan penyelam yang membawa Jalur Gemilang menyelam bersama dalam program Merdeka Dive 2019 yang diadakan di Pulau Serenggeh dan Tokong Laut
dive1
Merdeka Dive 2019: menyelam bersama Jalur Gemilang di dasar laut

Memilih aktiviti menyelam yang diberi nama Merdeka Dive 2019 di dasar laut Pulau Serenggeh dan Tokong Laut yang terletak di Pulau Perhentian, rombongan yang diketuai Norhisham Mohamad berjaya meng­abadikan kenangan bersama Jalur Gemilang bertemankan keindahan hidupan marin baru-baru ini.

divemaster
Penyelaras program Merdeka Dive 2019, Norhisham Mohamad (tengah) bersama ahli rombongan menyelam ASP Azman (kiri) dan wakil D&O scuba diver Md Yusrie Jusoh (kanan)

Program bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan itu melibatkan pelbagai jabatan dan individu perseorangan dengan jemputan melalui medium media sosial facebook.

Aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama D&O SCUBA DIVER ini berjaya menarik seramai 20 orang penyelam untuk bersama-sama bersatu menjayakan misi ini.