KUALA LUMPUR 28 ogos – Kerajaan digesa memperkenalkan peraturan bagi membendung penggunaan dan penjualan vape serta rokok elektronik secara dalam talian kepada individu berumur 18 tahun ke bawah.
“Tindakan penguatkuasaan lebih ketat sepatutnya diambil terhadap peniaga dan saluran e-dagang yang tidak mengambil langkah untuk membuat pengesahan sama ada pembelian dalam talian dibuat oleh mereka yang belum dewasa (umur 18 tahun ke atas).
“Penggunaan vape oleh mereka yang di bawah umur dapat dibendung sekiranya peraturan untuk kaedah pengesahan umur melalui pembelian dalam talian diperkenalkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden MEVTA, Rizani Zakaria dan Setiausaha DPVM, Datuk Mohd. Mustaffa Hamzah.
Sidang akhbar itu diadakan susulan Kementerian Kesihatan minggu lalu menyerbu 78 premis menjual rokok elektronik di seluruh negara selepas dikesan menjual cecair yang mengandungi bahan kimia nikotin kepada pelajar sekolah.
Hasil serbuan itu, sebanyak 66,988 botol cecair rokok elektronik yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta dirampas.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan penguatkuasaan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi kementerian itu adalah hasil susulan isu tular pelajar menghisap rokok elektronik atau vape.
Dalam pada itu, Syed Azaudin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap ahli di bawah persatuan itu sekiranya didapati menjual produk tersebut kepada golongan yang berusia di bawah 18 tahun.
Malah, tegasnya, keahlian mereka juga akan dilucutkan dan pihaknya sentiasa menyokong tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap peniaga tersebut.- UTUSAN ONLINE