Kuala Lumpur – Kejohanan futsal sempena karnival sukan PENANG DEVELOPMENT CORPORATION (PDC) 2019 berlangsung meriah dengan turut disertai pasukan daripada PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN (PKINK).



Acara itu diadakan sempena 50 tahun PDC yang berlangsung pada 14 September lepas bertempat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Menariknya, ini merupakan kali pertama pasukan itu menyertai kejohanan itu dan kemudian berjaya layak hingga ke pusingan suku akhir.

Pertandingan itu turut disertai 28 pasukan seluruh negeri termasuk 8 pasukan dari PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI.
Kejohanan ini turut di hadiri oleh ketua jurulatih futsal negara, Chiew Chun Yong.
Selain dapat mengamalkan gaya hidup sihat, acara futsal ini dapat menjadi platform untuk mendapat pendedahan dan pengalaman kepada pemain yang rata-ratanya merupakan kakitangan PKINK yang masih muda.