KUALA LUMPUR – Wanita yang sudah berkahwin sama ada mereka yang berkerjaya atau bergelar ibu, tidak harus tinggal di rumah dan perlu mengejar impian serta cita-cita mereka.

Justeru, bagi mempromosikan dan meraikan wanita yang sudah berkahwin serta ibu tunggal, Ultimate Teamworks Malaysia melalui anak syarikatnya, Volga Balezza Productions telah bekerjasama dengan agensi hiburan dan pengeluaran Bollywood yang berpangkalan di India, India Fiesta Fashion untuk membintangi penganjuran kecantikan yang dinamakan sebagai Mrs Fabulous Malaysia 2019.

sidang media
Sidang media bagi memperkenalkan 16 finalis Mrs Fabulous Malaysia 2019 yang diadakan pada Jumaat di MATIC Jalan Ampang.
ziahul
Ketua Pegawai Eksekutif Ultimate Teamworks, Ziahul Hassan berucap ketika majlis memperkenalkan 16 finalis Mrs Fabulous Malaysia 2019

Selepas proses uji bakat yang meluas, 16 peserta akhir dipilih untuk menyertai pertandingan akhir pada 24 November ini yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ultimate Teamworks, Ziahul Hassan, pertandingan ini bukan dinilai berdasarkan kecantikan mereka semata-mata, tetapi juga aspek feminisme lain, dari keyakinan mereka kepada kemahiran interpersonal mereka.

“Kami mahu mempromosikan para finalis dan memberi mereka peluang untuk masuk ke Bollywood.

“Kami juga ingin menunjukkan kepada dunia bahawa wanita Malaysia, sama ada berkahwin atau tidak, masih boleh menjadi bergaya dan hebat,” katanya pada sidang media bagi memperkenalkan 16 finalis Mrs Fabulous Malaysia 2019 yang diadakan pada Jumaat di MATIC Jalan Ampang.

Tiket untuk pertandingan akhir Mrs Fabulous Malaysia 2019 kini boleh dibeli di http://www.airasiaredtix.com.