Najib Razak bersuara … ‘Isu Etnik Rohingya’.
PADA 16 Mei 2015, saya dah nyatakan pendirian saya …
“Kita akan buat berdasarkan budi bicara atas dasar kemanusiaan tapi kita tidak boleh bagi isyarat yang Malaysia terbuka, siapa-siapa hendak masuk, boleh masuk.”
Itu pendirian saya mengenai etnik Rohingya dan hari ini saya masih lagi kekal dengan pendirian yang sama.
Kalau kita benarkan, apa erti kedaulatan negara ini?
Pada masa ini, kita berdepan dengan satu wabak yang sungguh dahsyat dan kita sudahpun menutup sempadan kita maka tiada keperluan untuk kita menerima mana-mana warganegara termasuk pelarian.
Keutamaan perlu diberikan pada rakyat Malaysia.
Tidak perlu dibahaskan atau dipersoalkan lagi. Muktamad.
Pada 17 April lalu, masih ada lagi yang nak masuk ke negara ini. Alhamdulillah tentera kita sangat efektif.
Tiada kompromi apabila kita dah tetapkan bahawa sempadan kita ditutup dari warga asing.
Seperti saya kata, jika dibenarkan, ia akan menjadi kelaziman dan semakin ramai yang akan masuk. Kalau 200 nak masuk, sudah tentu ada yang lain menunggu.
https://www.bharian.com.my/…/cubaan-200-pati-seludup-masuk-…
Tetapi kita tetap dengan sifat kemanusiaan dan tentera kita tetap agihkan makanan kepada pendatang tanpa izin ini.
Bukan arah mereka pusing balik semata-mata tanpa sebarang bantuan.
Ia juga akan menjadi bencana kemanusiaan namun saya juga tetap dengan pendirian bahawa Malaysia tidak seharusnya dibebankan dengan masalah ini.
Malaysia tidak boleh lagi berterusan menjadi destinasi utama etnik ini dan menanggung beban ini secara sendiri.
Apatah lagi, ada pertubuhan yang tidak berdaftar atau NGO-NGO tertentu dari dalam dan luar negara yang mahukan kesaksamaan dari kerajaan, disebalik status mereka?
Inilah kata orang, sudah diberikan betis, nak peha pulak.
Kita tak zalim tetapi sampai bila kita perlu tangani masalah ini yang bermula sejak tahun 1990an?
Sampai bila?
Adakah ASEAN ini hanya terdiri dari Malaysia sahaja?
Malah, punyalah baik hati Malaysia, pada pentadbiran saya lalu, kita buatkan hospital medan di Cox Bazar melalui Angkatan Tentera Malaysia.
Sebab itu, tiada siapa yang boleh menuduh Malaysia tidak pernah buat apa atau berlaku zalim dalam isu pelarian Rohingya in.
Sebaliknya, saya percaya Malaysia adalah antara negara yang paling banyak menolong selama ini. Tapi janganlah ambil kesempatan dari kebaikan kami ini.
Dan maaf cakap, PBB pernah ‘suarakan kebimbangan’ malah pada 23 Januari lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) sudahpun memerintahkan Myanmar untuk memastikan tenteranya menghentikan genosid terhadap etnik Rohingya di negara mereka.
http://www.astroawani.com/…/icj-bela-nasib-etnik-rohingya-p…
Selepas itu, apakah tindakan selanjutnya?
Apa dilakukan UNCHR? Apa fungsi mereka?
Nampaknya Malaysia bukan lagi dijadikan tempat perlindungan sementara tetapi ada yang berhasrat malah sudah jadikan Malaysia sebagai rumahtangga mereka namun ada juga tak mahu patuh pada undang-undang tetapi nakkan kesaksamaan seperti diterima rakyat Malaysia. Siap ada yang mendakwa mewakili pertubuhan padahal tidak berdaftar pun.
Adakah kita benci pada mereka?
Tidak …
Kita tak suka pada sikap mereka yang tak mahu menjaga kebersihan, tidak mahu mematuhi undang-undang tetapi mahukan kesaksamaan melampau.
Kita perlu utamakan rakyat Malaysia.
Kerajaan perlu bertegas dalam soal pelarian ini dan desak PBB untuk tempatkan semula etnik ini kembali ke Myanmar.
ICJ sudah buat keputusan jelas dan PBB perlu buat tindakan susulan dan bukan sekadar keluarkan kenyataan retorik semata-mata.
Dan jika atas dasar kemanusian dan atas sebab lokasi, Malaysia diperlukan mewujudkan sebuah kem penempatan sementara bagi pelarian Rohingya di sebuah pulau berasingan seperti apa yang negara pernah buat di Pulau Bidong untuk pelarian Vietnam pada masa silam, PBB dan ASEAN perlu menanggung kos serta tanggungjawab ini bersama-sama.
Tapi ini bukan penempatan kekal.
PBB juga perlu memberi jaminan bahawa penempatan semula pelarian Rohingya ke negara-negara ketiga akan dipercepatkan oleh mereka.
Datuk Sri Najib Razak
23 April 2020
Kmi nsk puak rohingya di pulangkan cukup malaysia susah kes dekat sbh je bru settel jgn di tmbah lg.. Msa pkp askar dan polis di bling dgn najis dri ats kedai betapa pengotornya mereka.. Stu beda sy ckp.. Malaysia adalah hak rakyat tabah air kmi.. Kmi kena pertahanankan tahah air kmi.. Kmi tdk mhu malaysia sia sia ingat pulangan puak rohingya
LikeLike
Jarang saya bersetuju dgn pandangan mantan PM ni, tetapi tentang ni saya sependapat atau bersetuju dgn pandangan beliau.
LikeLike
klu anuar nak terima pelarian rohingya suruh anuar keluar kos perbelanjaan dan sewa mana2 pulau dari indionasia dan tempatkan disana jgn ganggu hak rakyat malaysia.
LikeLike
Harap kerajaan Malaysia hantar balik semua Etnik Rohingya ini balik ke negara adal mereka, biar mereka bernuang menegakkan hak mereka, bukan lari dari kebenaran.
LikeLike
Mereka Harus Di antar pulang
LikeLike
Mereka ni Harus Di antar pulang pada negara asal Mereka. Sebab mereka tak boleh kerja sama sombong Bongkak. Ego konon nya boleh kerja Di mana. Mereka tak boleh Di tangkap atas alasan KAD UNIC dia. Bahasa tak de selama saya kenal mereka. Solat pun susah yg buat solat brp kerat aje.
LikeLike
Apa yg di lafazkan. Oleh DSNR itu lah pendirian semua melayu yg sayang bangsanya Syabas DSNR kamu pelindung kami.
LikeLike
Send them back to thier home pleace
LikeLike
Saya amat setuju apa yg diperkatakan oleh yg amat berhormat dato sri najib terhadap isu pelarian ini jika diberi betis mereka pasti hendak peha kerajaan kena pandang serius isu ini dan jangan sesekali terlalu baik pasda pendatang asing….
LikeLike
Hentikan untuk beri ruang pada mereka.. kita bukan kejam.. kita sudah cukup baik.. tapi apa yg mereka buat.. tidak menghormati undang-undang Malaysia, apatah lg nk berterima kasih.. pulang kan mereka ke tempat asal.. mereka sepatutnya berjuang habis-habisan demi bangsa dan maruah mereka bukan lari dari berjuang.. fokus pd rakyat Malaysia yg ramai lg perlukan bantuan, lagi2 dlm keadaan sekarang..please let them go home…
LikeLike
How is it possible for a non registered Society’s representatives meet the Ministers and the Prime Minister. We Malaysian are unable to meet them in their office. Doesn’t this show that we have given them more spaces for them to act like this. The government must stop this. Humble citizen.
LikeLike
Jangan benarkan lansung pendatang pendatang tidak kira pati atau mempunyaipasport untuk berkerja berniaga…. Tengoklah du pasar borong selayang contohnye kebanyakan warga asing yg berniaga dan mengusai ekonomi di pasar tersebut.. Sy harap badan yg berwajib sila beri perhatian…
LikeLike
As.long as Ex PM made any remarks..I wont agree to his statement..rather I want to hear from the current leaders/ PM DSMY and his team
Ex PM had been outdated and issues like 1MDB , money laundering, Althantuya murders and many more still not solve..pls stop it remarks sir bcos u r outdated already.. u r gone n gone. U r nobody.
LikeLike
Sy setuju..biar mereka pulang ke negaea asal…..begitu juga pada pada warga china yg meliki my kad haram.. selepas pkp nantiharap kerajaan ambil tindakan pada dalang2yg jual mykad…
LikeLike