KUALA LUMPUR – Isu Mykad palsu telah menjadi isu yang sangat membimbangkan buat negara pada ketika ini.
Terbaru tindakan licik dua laman web asing memalsukan dan menjual kad pengenalan Malaysia secara online yang berharga USD 300 bersamaan dengan RM 1300 berjaya dihidu netizen.
Malahan passport Malaysia juga ada dijual di situ dengan harga USD 500 bersamaan dengan RM 2149.
Dua laman web asing itu ialah http://www.allgenuinedocuments.com dan http://www.buyrealfakepassport.cc yang menjual bukan sahaja kad pengenalan negara ini, malah ada juga dari negara lain seperti United Kingdom, Itali, Ireland, Canada dan lain-lain lagi.


Menerusi perkongsian di facebook Adam Danyal netizen meluahkan rasa geram dan kecewa kerana begitu mudahnya kad pengenalan palsu negara kita dijual dan mudah didapati secara online.
Ashfian Ismail pula dalam responnya terhadap posting Adam Danyal berkata “Tahun 94.muka umur 40 an.nmpk sgt nipunya ic ni”.
Abdul Qayyum Mahat Zakaria pula menulis, “Jambul dia lahir 94 sepatutnya 74 tukar tarikh lahir ya begong ada hati nak jadi muda”.
Manakala itu Sara Aina Lee dalam responsnya pula meminta pihak JPN untuk menukar Mykad sedia ada sekarang. “Bolih beli mcmni je ke…rasa x bernilai langsung ….rasa terhina …tukar ic baru lah..”, tulisnya.
Penjualan MyKad palsu kepada warganegara asing umpama bom jangka kepada rakyat dan negara. Apatah lagi apabila warganegara asing ini telah terlibat dengan pelbagai jenayah.
Kami berharap semoga pihak berkuasa dapat menyelesaikan dan membanteras isu ini dengan segera. -KL Broadcast
Sumber: