KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Bersatu PPBM Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim mendakwa negara dibaham komuniti Rohingya apabila bilangan mereka mencapai ratus ribu di negara ini.
Mengulas posting semalam di yang dikongsi di Twitter oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang 3 lelaki Rohingya terlibat pecah rumah ditahan polis, Rais berkata “Rohingya ini masa bilangannya kecil memang lunak perangai – pijak semut pun tak mati…”
“…tapi bila jumlah mereka dah beratus ribu dibahamnya kita. Kaum lain yang datang ke mari zaman Inggeris 20-an ‘gitu’ juga akhirnya”
“Kita sama-samalah belajar dari sejarah yang takat ini banyak menyebelahi orang luar,” tulis Rais.
