PUTRAJAYA: Sebanyak 2 lagi korban baru jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 105 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 122 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 105 kes semalam, menjadikan jumlah mangsa 6,298 orang sehingga kini.

Dalam pada itu, sebanyak 87 kes jangkitan Covid-19 pulih dan dibenarkan discaj menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 4,413 sehingga kini.