KUALA LUMPUR – Kisah mengenai seorang anak Malaysia mendapat biasiswa NASA mendapat perhatian beberapa hari lalu.

Kisahnya, dia ‘berjaya’ terpilih menerima biasiswa daripada NASA dan mendakwa dia dimaklumkan oleh pegawai NASA telah berjaya melayakkan diri dalam kalangan 1 peratus skor terbaik dalam cabaran mereka cipta sut angkasa lepas untuk ke Marikh.

Menerusi twitter miliknya ramai yang melahirkan rasa kagum dan bangga, serta ramai mengucapkan tahniah termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Sains dan Teknologi Khairy Jamaluddin, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Dr Noraini Ahmad, serta ramai lagi.

saturn
email yang didakwa diterima dari NASA

Namun dalam status  terbaharunya di twitter hari ini, Muhammad Azhar akhirnya membuka mulut membuat pengakuan mendakwa dia adalah mangsa penipuan oleh ‘scammer’.

Apa yang KL Broadcast faham, asalnya scammer tu nak scam budak ni sorang je tetapi budak ni dah terscam pulak satu Malaysia termasuk PM dan Menteri yang lain.

Tak dapat dipastikan adakah benar-benar budak ini ditipu atau sememangnya dia berniat untuk menipu untuk dapat perhatian..entah lah labu, wallahualam…. -KL Broadcast