KUALA LUMPUR – Selepas abang, kini giliran si adik kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel iaitu Muzaffar Jakel memohon maaf menerusi video kepada seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan kenyataannya di IG Stories baru-baru ini.

Ia susulan kenyataannya pada Ahad yang tular di media sosial dan mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan netizen disebabkan ia disifatkan berbaur penghinaan kepada orang Melayu.

muzaffar
kenyataan Muzaffar Jakel di IG Stories pada Ahad

Permohanan itu dibuat selepas dia dikecam netizen gara-gara memperlekeh orang Melayu apabila ramai mempertikaikan pembukaan gedung tekstil itu pada Isnin.

Kata Muzaffar, kenyataan yang ditulis adalah daripada diri sendiri bukan mewakili syarikat Jakel kerana dia hanya pekerja semata-mata di situ.

Selain memuatnaik video, Muzaffar juga turut memuatnaik gambar sijil lahirnya di Instagram bagi menjawab tuduhan netizen yang mendakwa dirinya bukan bangsa melayu dan bumiputera.

95847127_258838811908595_3178705767811987088_n
Muzaffar Jakel memuatnaik gambar sijil kelahirannya di Instagram

Pada masa sama, Muzaffar berkata kenyataannya itu merupakan pandangan peribadinya dan bukan dibuat mewakili syarikat Jakel.

“Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dengan syarikat abang saya. Saya bukan shareholder atau owner Jakel.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili kenyataan syarikat Jakel, ” katanya.