Baru-baru ini viral di media sosial, pelakon Bollywood terkenal, Amir Khan, dikatakan memberi sumbangan tepung gandum kepada golongan kurang berkemampuan dengan memasukkan wang ke dalam karung gandum secara rahsia.
Lebih mengejutkan apabila di dalam 1 kilogram tepung gandum itu mengandungi wang sebanyak Rs 15,000 (RM855).
Tindakan tersebut ternyata berjaya menarik perhatian netizen dan ramai yang memuji.
Namun, Aamir Khan menafikan perkara tersebut di akaun Twitter rasminya.
“Saya bukanlah orang yang memasukkan wang ke dalam karung gandum itu,” kata Aamir Khan.

“Ianya sama ada cerita palsu sepenuhnya, ataupun ‘Robin Hood’ yang tidak mahu mendedahkan dirinya,” kata pelakon itu lagi.
Beliau tampil memperjelaskan isu berkenaan di laman twitter miliknya.