KUALA LUMPUR – Walaupun telah memohon maaf atas keterlanjuran yang dilakukan, namun isu mengenai gedung tekstil terkemuka, Jakel masih belum reda.
Malah ada dikalangan netizen yang melancarkan kempen memboikot produk syarikat tersebut kerana tersinggung dengan kenyataan yang disifatkan menghina golongan Melayu.
Walaupun ada yang memboikot, tidak kurang juga ada yang masih menyokong.
Terbaru, seorang pengguna facebook Lucius berkongsi pengalamannya membeli baju raya di Wisma Jakel hari ini.
“Masa aku pergi ronda2 jakel aku saje la tanya sorang akak salesgirl pasal isu viral..ni apa yg dia jawab..sedih melayu kena boikot sbb benda2 tak betul & fitnah di bulan puasa ni..apa lah nasib pekerja2 kat sini nanti.. Korang BOIKOT JAKEL? Mana pergi BMF?”, tulisnya di facebook.

Dia juga telah bertanyakan kepada seorang pekerja wanita melayu di situ mengenai isu viral di Jakel.
Wanita itu menjawab jika pelanggan memboikot Jakel, apa impak yang akan terjadi kepada para pekerja disitu.
“Seandainya tuan puan di luar sana memboikot kami di Jakel, terfikirkah anda bahawasanya kami, daripada mana punca pendapatan kami yang seramai lebih kurang enam ribu orang.
Di mana kami mahu cari punca pendapatan kami yang selama ini Datuk (CEO Jakel) dapat membantu kami di bulan puasa, tolong ibu-ibu tunggal,” katanya.
Menurut wanita itu lagi, kesemua pekerja di Jakel amat terkesan dengan kempen boikot yang dibuat.
Dia juga berharap orang ramai memaafkan Muzaffar Jakel atas keterlanjuran dan memohon orang ramai tidak mengambil sikap memboikot gedung itu kerana tindakan itu menyebabkan mata pencarian pekerja terjejas.