Musim hujan boleh meningkatkan kelembapan pada udara sekaligus akan menyebabkan kulat dan bakteria mudah tumbuh pada barangan yang berasaskan kulit seperti beg tangan, kasut, jaket kulit dan pakaian,

Tambahan pula sekarang ini ramai yang tidak keluar rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi beg tangan serta kasut hanya terbiar dalam almari kerana tidak dipakai.

Ini pula cerita di sebuah gedung serbaneka Metrojaya, menyaksikan barangan kulit yang dijual di situ seperti beg tangan, kasut, jaket kulit dan lain-lain berkulat kerana ditinggalkan lama di dalam kedai.

Tidak dapat dipastikan di cawangan Metrojaya mana, namun perkara itu mengejutkan netizen.

Ada yang baru dapat tahu jika barangan kulit dibiarkan lama akan berkulat.

Menurut seorang penguna FB Hamimah Ima Alias, “Kalau betol2 kulit (genuin leather)mmg akan berkulat pd suhu lembab..lv original pon berkulat sbb kulit original”.

Arnizam Ezam pula berkata, “Ni pasti bnyk tangan yg memegang.. disini kita nmpak kulat terus hidup.. bayangkan kalau virus bertahan selama mcm kulat…”