Kuala Lumpur, 10 Mei 2020

TINDAKAN KE ATAS PREMIS PERNIAGAAN YANG DIKENDALIKAN OLEH WARGA ASING TANPA KEBENARAN

LOKASI 1 : JALAN BERANGAN , BUKIT BINTANG

3 Premis telah ditutup/disita oleh DBKL setelah mendapati ianya dikendali oleh warga asing.
1) kedai runcit dan buah-buahan;
2) kedai runcit dan buah-buahan;
3) kedai runcit dan buah-buahan.

LOKASI 2 : JALAN ASOKA, BUKIT BINTANG

2 Premis telah ditutup/disita di mana ianya turut dikenalpasti dikendali oleh warga asing.
1) kedai runcit dan barang basah;
2) restoran.

Tindakan seumpama ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa.

Sumber: Facebook DBKL