Kenyataan Media

Majlis Bertindak NGO Malaysia
Isu melibatkan desakkan PRU 15

Gabungan NGO melibatkan lebih 111 NGO dari seluruh malaysia,

Mohon bagi jaminan adakah selepas PRU 15 tidak akan wujud unsur lompat parti oleh mana-mana ahli parlimen.

1-Perkembangan pada mutakhir ini, keadaan situasi politik di Negara ini kian tidak stabil dan permaslahan rakyat serta ekonomi. Sosial dan pekerjaan kian meruncing. Suara rakyat dan rintihan serta keluhan rakyat yang di lontarkan kepada rakyat yang mana wakil rakyat yang mewakili rakyat sudah tiada kepercayaan lagi. Ini menyebabkan situasi pincang dan ketidakstabilan dalam urustadbir bagi sesebuah kerajaan yang telah memenangi PRU yang lepas.

2-Sekali pun kemenangan oleh ahli-ahli wakil rakyat pada setiap PRU di negara ini, kerjaan yang di bentuk kian rapuh dan goyah akibat perseteruan dan persengketaan oleh ahli-ahli parti politik di negara ini. Untuk lebih menyakinkan rakyat bahawa mereka ini wakili suara rakyat di kawasan yang mereka menjadi ADUN DAN AHLI PARLIMEN sudah tidak ketentuan arahnya. Dimana mereka pada hari ini trend penukaran dan status MELOMPAT PARTI KEPADA PARTI YANG MENANG BERLELUASA serta semakin ketara kini.

3.Justeru rakyat hari ini ingin kan hak dan faedah dari apa yang rakyat UNDI kepada wakil rakyat agar mereka lebih bersifat DINAMIK, AGRESIF DAN BERKARISMA dalam membela nasib serta menyampaikan Suara Rakyat ke Parlimen untuk diperdengarkan segala keluhan dan rintihan rakyat untuk di bela seadilnya dan di berikan perkhidmatan yang cekap amanah dan jujur dalam memperjuangkan nasib rakyat.

4.Kini Apa yang dapat di lihat bagaikan. Satu hukuman pula pada rakyat akibat kecuaian dan ketidak upayaan serta tidak bertanggungjawab mereka Ahli Parlimen didalam keadaan politik, kuasa dan Wang serta Jawatan. Mereka menukar kerjaan pilihan rakyat dan melompat oleh Ahli Parlimen yang tewas. Bagaikan tiada tujuan dan matlamat nya.

5.Pada hari ini pihak kami yang mana SUARA INI ADALAH SUARA RAKYAT ingin mengetahui dengan lebih jelas dan tepat ” APAKAH SATU JAMINAN DARIPADA SEMUA AHLI PARLIMEN JIKA PRU DI JALANKAN DAN MENANG, ADAKAH IA AKAN TETAP BERLAKU MELOMPAT KESANA KESINI BAGI KEPENTINGAN PERIBADI SENDIRI TANPA MENGHIRAUKAN TANGGUNGJAWAB UTAMA PADA KAWASAN SENDIRI?

Siapa yang harus di pertanggungjawabknan ini semua.
Adakah mekanisma yang berasaskan kepada UNDANG-UNDANG PRU bahawa kesalahan melompat parti demi kepentingan peribadi itu merupakan satu subjek kesalahan dan peraturan dalam sistem PRU DAN TUBUH KERAJAAN.

6.Maka sewajarnya semestinya perlu ada satu sekatan dan penggubalan akta dan undang-undang tubuh sebuah kerajaan di wartakan bagi Kesalahan Ahli Parlimen yang melakukan penganiayaan selaku Ahli Parlimen yang membolehkan kemudaratan serta keburukan dan merugikan kerajaan dan merugikan bagi kepentingan Awam seluruhnya akibat perbuatan Jenayah KOLAR HITAM ATAU PUTIH mereka dalam perbuatan SUBAHAT SERTA KHIANAT KEPADA RAKYAT yang sebenarnya.

7.Jika ini dasar baru di masukkan atau ada pemboleh ubah dasar lama berkaitan salahlaku penyebab memudaratan kepada pihak kerajaan, negara dan kepentingan awam iaitu RAKYAT apa salahnya di tafsirkan sebagai salahlaku JENAYAH TERANGCANG menjatuhkan sebuah kerajaan.

8-Inilah JAMINAN yang perlu di berikan oleh mereka kepada rakyat bahawa suatu TANGGUNGJAWAB SELAKU AHLI PARLIMEN DAN WAKIL RAKYAT WAJIB PERTAHANKAN RAKYAT MANDAT RAKYAT OLEH MEREKA AGAR tidak sewenang wenang nya MELOMPAT, TUKAR SANA TUKAR SINI, PAKATAN SANA SINI TUBUH KERAJAAN BARU, RUNTUHKAN KERAJAAN, PEMBELOT KOLAR HITAM DAN MERAH yang amat KEJI DAN HINA dimata RAKYAT DAN DUNIA Memperlihatkan sahaja kelakuan dan budaya ahli POLITIK DI NEGARA ini yang tidak stabil dan kukuh.

9.Kita semua mengharapkan akan ada satu perubahan yang dinamik, relevan dan di pandang tinggi dan mulia oleh dunia terhadap Negara ini negara Kita Malaysia.

Sekian.

Mohd Ridzuan Abdullah
Presiden MYNAC Malaysia