*KENYATAAN MEDIA WIRA PUTRA NEGERI PERAK JAWAPAN KEPADA KETUA PEMUDA AMANAH*

4 July 2020, Ipoh, Perak.

Lanjutan dari kenyataan Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim ingin saya imbas kembali yang mungkin Ketua Pemuda Amanah lupa bahawa berbeza dengan Putra, sebenarnya Parti Amanah itu adalah serpihan PAS hasil dari perpecahan dalam PAS akibat kecewa dalam pemilihan parti yang akhirnya dengan bantuan DAP maka tertubuhlah Parti Amanah.

Kewujudan PUTRA bukan untuk memecahbelahkan orang Melayu tetapi dengan hasrat dan niat serta semangat iltizam yg tinggi bagi mengembalikan roh Melayu Islam di tanah air sendiri sebagai ‘Tuan Tanah’ yang mana termaktub hak istimewanya dalam perlembagaan yang kian terhakis akibat dari parti parti Melayu yg sedia ada sanggup mengadai hak hak tersebut demi ingin berkuasa untuk meraih sokongan bukan Melayu.

Kenyataan wakil AMANAH itu sebenarnya adalah akibat rasa gentar mereka dengan kewujudan PUTRA. Wira Putra tidak gentar dengan tohmahan daripada parti Amanah malah kami menyahut cabaran itu yang sebenarnya meniupkan lagi semangat kami untuk terus berjuang.
Perlu diingatkan PUTRA bukanlah parti yang boleh diumpamakan seperti lembu yang dicucuk hidung.

Wira Putra Perak juga ingin mencadangkan kepada parti AMANAH untuk melupakan keinginan untuk bertanding pada PRU-15 atas dasar tidak mahu memecah belahkan undi orang Melayu disamping memberi laluan PUTRA Perak untuk terus bertanding di Perak demi perjuangan Melayu dan Islam.
Hakikatnya PUTRA berani memberi jaminan bahwa kami tak akan tunduk atau kompromi dalam mempertahankan hak Agama Islam dan hak hak Orang Melayu mengikut perlembagaan.

Wira Putra Perak akan terus mengorak langkah dan kami tidak akan menoleh kebelakang dalam usaha meneruskan perjuangan kami.

*MUHAMMAD AMIRUL MAHFUZ BIN ABDULLAH*
KETUA WIRA PUTRA PERAK