Oleh: Khairuddin Abu Hassan
KERAJAAN ‘PINTU BELAKANG’ BAKAL TUMBANG DALAM SIKIT MASA LAGI!! BEBERAPA AHLI-AHLI PARLIMEN MEREKA SUDAH MULA MENGHUBUNGI KAMI!!
Keputusan undian untuk buang speaker Dewan Rakyat telah memberi satu suntikan baru kepada kami untuk terus bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan ‘pintu belakang’ yang amat ‘rapuh’ serta tidak popular sehingga kini!!
Tidak mustahil dengan semangat kerjasama secara kolektif sesama kami akan berjaya menyingkirkan ‘kerajaan pintu’ belakang kearah mendapatkan semula mandat rakyat buat keseluruhan warganegara malaysia yang telah menyingkirkan kerajaan kleptokrasi pada pru14 yang lepas!!
Pemimpin-pemimpin kleptokrasi adalah sebahagian daripada anggota kerajaan ‘pintu belakang’ yang masih ditolak oleh majoriti rakyat malaysia pada hari ini!!
Selagi komposisi kerajaan PN dianggotai oleh sebahagian daripada pemimpin-pemimpin kleptokrasi maka ianya akan memudahkan kerja blok bebas terus bekerja kuat kearah menjatuhkan mereka!!
Kerajaan ‘pintu belakang’ yang ditunjang oleh parti Bersatu merupakan satu pakatan sementara yang rapuh serta semata-mata untuk memberi kekuatan semula pada umno mahupun pemimpin-pemimpin kleptokrats nya!!
Inilah dosa paling besar dan pengkhianatan tan sri muhyiddin yassin yang hanya pentingkan untuk jadi PM8 semata-mata dan sanggup bekerjasama dengan golongan kleptokrats bagi menjaminkan agendanya tercapai!!
Namun, rakyat tidak bodoh kerana mereka dapat saksikan bagaimana tan sri muhyiddin yassin dibuli oleh pemimpin-pemimpin kleptokrats umno bagi menguatkan semula kedudukan parti mereka sebelum menempuh pru15 yang akan datang!!
Tan sri muhyiddin yassin dan pemimpin-pemimpin PN tidak bermaruah langsung!!
Umno yang korup secara terang-terangan menyatakan mereka tetap akan lawan Bersatu di kesemua kerusi-kerusi parlimen tradisi tetapi dalam masa yang sama parti Bersatu tetap meneruskan kerjasama yang ‘fake’ ini demi menjaminkan tan sri muhyiddin yassin terus menjawat jawatan perdana menteri malaysia!!
Ini satu ‘kegilaan’ tan sri muhyiddin yassin yang tak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras!!
Menjawat jawatan perdana menteri merupakan ‘priority’ dan ‘keutamaan’ tan sri muhyiddin yassin!!
Prinsip dan mandat asal rakyat malaysia tidak penting langsung baginya!!
Sebab itu dari awal lagi tun dr mahathir mohamad menyanggah pendapat tan sri muhyiddin yassin untuk terima parti umno secara ‘en bloc’ bagi menyekat agenda kebangkitan semula rejim kleptokrasi!!
Sesiapa yang menyokong kerajaan PN membawa erti mereka menyokong agenda untuk menguatkan seterusnya membawa balik rejim kleptokrasi dalam lanskap politik tanahair!!
Kita wajib tolak kerajaan ‘pintu belakang’ yang telah mengkhianati mandat rakyat pada pru14 yang lepas!!
Pemimpin-pemimpin kerajaan PN wajib ditolak secara total oleh keseluruhan rakyat malaysia sekiranya kita tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’ dan sejarah hitam berulang kembali!!
Pengundian di parlimen untuk menukar speaker Dewan Rakyat pada hari ini juga telah membuktikan bahawa pihak kami telah menang dari segi moral!!
Kelebihan majoriti dua undi amat memalukan serta satu tamparan hebat buat perdana menteri masakini!!
Insya-Allah blok bebas dan PH harus mencari satu formula kerjasama kearah menggembeling tenaga bagi menyingkirkan kerajaan ‘pintu belakang’ yang tidak diiktiraf bukan saja oleh rakyat tempatan tetapi juga negara-negara luar!!
Lihat saja apabila kerajaan ‘pintu belakang’ menjatuhkan kerajaan PH yang dilantik oleh rakyat malaysia secara sah melalui proses pru14 yang lalu; hanya negara indonesia dan thailand saja yang memberi ucapan tahniah pada PN!!
Blok bebas harus berada dalam keadaan ‘bersiap siaga’ menyusun strategi untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk parlimen mungkin dibubarkan pada tahun ini!!
Kerajaan PN yang sedang mencipta dan membawa balik rejim kleptokrasi sudah terbukti berada di ambang kejatuhan dalam sedikit masa lagi!!
Sesungguhnya, tun dr mahathir mohamad adalah pakar utama melawan kemungkaran bakal mengujudkan satu rangka ‘blue-print’ bagaimana kami akan ambil kembali mandat rakyat pada pru14 seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan yang benar-benar mantap untuk memerintah, mentadbir serta membangunkan ‘Malaysia Baharu’!!
Tun dr mahathir mohamad mampu mengumpul, menyatukan serta memacukan kekuatan kami bagi menumbangkan kerajaan PN!! Insya-Allah!! Ameen!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
13 Julai 2020