AMPANG – Perbezaan agama tidak menghalang seorang usahawan muda kaum cina menderma kepada sebuah Kuil di Ampang.
Usahawan muda, Datuk Seri Liow Soon Hee, yang sebelum ini terkenal dengan aktiviti kebajikan termasuk bantuan yang disalurkan hingga ke negara China sekali lagi tampil memberi sumbangan kepada
Kuil Hindu Sri Maha Muniswarar di Kampung Baru Ampang, Selangor pada Isnin.
Sumbangan kali ketiga bernilai RM100,000 daripada dermawan muda itu bagi membolehkan pembinaan kuil baru dibina bersebelahan dengan kuil lama yang asal.


Ia merupakan sumbangan kali ketiga berdasarkan proses pembinaannya. Kuil ini dijadualkan akan siap dan boeh digunakan pada tahun 2021.
Liow yang juga merupakan Pengasas Yayasan Winner Emperor Sedunia berkata, beliau terpanggil memberi sumbangan itu selepas melihat keperluannya.
“Saya melihat yang mana ada keperluan untuk dibantu maka saya akan membantu. saya hanya mahu membuat kebajikan. Seperti kuil ini, saya membantu kerana ada sebab, ia perlu dibantu.”
Katanya lagi, bantuan dan sumbangan tanpa mengira perbezaan agama dan kaum, sebaliknya ia perlu dilakukan atas dasar kemanusiaan.
Liow juga mahu terus membantu dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk membantu golongan yang memerlukan di negara ini supaya tidak terus terhimpit dengan kekangan dan keperluan lain. -KLBroadcast