Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Presiden PKR berkata, pihaknya menyedari terdapat pihak yang tidak menyenangi sekiranya empat ADUN berkenaan menjadi calon mewakili PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 2O November ini.

Ini termasuk melibatkan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang secara terbuka telah ditolak oleh DAP Melaka sebagai calon parti itu.

Kedudukan empat ahli dewan undangan negeri (ADUN) kerajaan yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka sebelum ini, akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH), petang ini.

Sebelum ini , Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang akhbar memaklumkan, penolakan Norhizam sebagai calon oleh DAP namun penolakan itu akan dibawa ke Majlis Presiden PH untuk dibincangkan.

ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron sebelum ini berkata, beliau menyerahkan nasibnya dan tiga lagi rakannya itu kepada pucuk pimpinan PH untuk menentukannya.