PETALING JAYA – Emart24, merupakan sebuah kedai serbaneka Korea yang diasaskan pada tahun 2014. Ia telah berkembang pesat kepada lebih 5,500 kedai dalam hanya 7 tahun.
Kedai serbaneka dari Korea ini mula dibuka di negara ini pada 22 Jun lalu dan cawangan syarikat berkenaan di Bandar Sunway di sini, merupakan cawangan kelima dibuka yang dirasmi pada Rabu.
Emart24 merancang membuka tujuh buah cawangan tahun ini di sekitar Lembah Klang.
Emart24 menawarkan makanan jalanan Korea yang segar, kopi, makanan ringan Korea eksklusif daripada jenama Emart24 sendiri seperti ‘I’m e’ dan ‘No Brand’. Turut disediakan pelbagai rangkaian produk kecantikan Korea termasuklah aneka pilihan kosmetik, produk penjagaan diri serta wangian.
Dari segi keselamatan dan kualiti makanan, Emart24 komited memastikan semua bahan yang digunakan untuk makanan segar dan makanan sedia dimakan bersumberkan pembekal-pembekal yang diiktiraf halal.
Emart24 mula dibuka di negara ini pada 22 Jun lalu dan cawangan syarikat berkenaan di Bandar Sunway di sini, merupakan cawangan kelima dibuka. EMART24 merancang membuka tujuh buah cawangan tahun ini di sekitar Lembah Klang. -KL BROADCAST