
Menegaskan perkara itu, Ketua Wanita Keadilan Johor, Napsiah Khamis beranggapan bahawa insiden seumpama ini merupakan satu bentuk penghinaan dan memalukan ke atas anak-anak perempuan yang belajar dan masih lagi bersekolah.
“Pada Jun 2021 telah berlaku insiden sebegini dan kementerian berjanji tidak akan berulang kembali malah telah menubuhkan satu jawatankuasa khas di peringkat kementerian bagi menanggani masalah ini.
“Namun begitu adalah sangat malang sehingga ke hari ini tiada sebarang perubahan dan perkembangan malah perkara ini masih berlaku lagi”, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambah Napsiah, tindakan itu perlu dihentikan serta-merta manakala guru dan individu terlibat harus dikenakan tindakan sewajarnya.
Katanya, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui jawatankuasa yang kononnya ditubuhkan pada Jun lalu perlu mendedahkan dapatan-dapatan mereka dan selanjutnya cadangan-cadangan bagi menyelesaikan masalah ini.
Laporan Malaysiakini pada April 2021 mendedahkan bagaimana pelajar-pelajar perempuan dihendaki menunjukkan tuala wanita dengan kesan darah haid, calitan menggunakan putik kapas pada kemaluan mereka atau jari, malah terdapat laporan guru atau warden atau pengawas sekolah meraba bahagian sulit mereka bagi memeriksa samada mereka memakai tuala wanita atau tidak.